Beeha

    • Home
    • About
    • Tiga
    • Rindu
    • Potoshops


    obviously not my desk huhu

    Assalamualaikum w.b.t

    full update maknanya full cerita la pa lagi. aku sebenarnya semalam takleh sembang panjang sebab takut orang curi curi tengok time aku menaip hehe. now everyone cam tengah buat kerja masing masing so boleh la menaip dengan aman. tbh yes i miss blogging kalau dah dapat laptop dapat tukar skin dapat update memang rasa cam hari-hari nak update tau! tapi kang merapu pulak aku cerita yelah aku kan memang takleh stick dengan satu topik kang tetiba melalut. cakap pun berbelit apa tah lagi nak bercerita dengan korang kat sini kan? weh baru tadi aku baca balik post aku pasal introvert ke pejadah tu broken namampuih weh english aku malu MashaAllah hahahahahahahaha dah delete dah hampa tayah nak cari balik :p

    okay so hari pertama dah habis and dedua kelas bahasa cam okay (harini dua kelas je) (english and french) (tak start belajar lagi tu yg okay) but still kelas french dah dapat homework huhuhuhuhuhuhuhuhuhuh belajaq ABC balik wey! mencabar betul bila kena belajar bahasa baru ni. quite exciting and nervous actually. tapi aku rasa aku akan okay. doakan tau! 

    and ni minggu kedua dekat u so far mmg okay. okay sesangat housemate semua boleh masuk air and tak stress mana tapi yelah bila sensorang ni rasa mcm nak balik je :(((( rindu semua oranggggg rindu abah rindu mak rindu kakak rindu aizad. gila ko sejak habis spm smpi la minggu lepas aku terperuk kat rumah berkepit dengan diorang tak kerja tak apa ttiba terpisah jauh sebegini. nak balik pun kena pikir dua tiga pat kali sebab mahal huhuhuhu pergi balik je habis 70 woi! dah duduk luar rumah ni kena lah berjimat :( so nak balik nanti pun mungkin cuti mid-sem waaaaaaa lama lagi waaaaaaa. okay dah leh stop merengek kot.

    tu jelah kot aku nak sembang. yeah so far semua okay. SO FAR LAH. hari hari yang mendatang nanti taktau lah macam mana. contoh rabu ni ada koko and aku kena join kesatria negara hu hu hu sedih gila pastu sembang dengan abah dia suruh join suksis nanti senang nak apply polis. tahu tak gais (kan aku dah kata mesti nak melalut) aku sebelum masuk u ni aku paling nk avoid kelab kena kawad kawad ni tapi apakan daya tu je leh pilih HUWAAAAAAAAAA. ok done merengek pt.2

    dah lah bye! adiosssssssss 



    Continue Reading


    Assalamualaikum w.b.t

    lepas berkurun lamanya aku tak update apa, novel pun lansung takde berkembangan finally im backkkkkkkk. im back people tp lagi busy sampai aku syak setahun lepasn ni pun takkan ada update daripada aku. tapi takpe kita tgk macam mana nanti ek. saja nak cite busy sebab finally dah masuk U sambung belajar Alhamdulillah. kos apa? jeng jeng jeng diploma in pastry arts. hehehehe pa lagi sesapa nak kawin nanti leh calling calling kita okay. hahaha takdela melawak ja.

    rindu habis weh nak menaip balik nak menulis apa semua. eh jap! lupa pulak nak cite aku study kat penang huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu okay tu je detail detail takleh privasi woi! ok tu jelah nak update. papehal nanti aku sembang okayyyy. bye korang :(
    Continue Reading



    Assalamualaikum w.b.t

    hallo gais before nak mula apa apa nak ucap mekasih dekat yang sudi datang membaca apa yang aku merepek ni. yelah kebanyakan blogger post entry yg berguna je. sampai aku je asyik asyik merepek dengan bebelan sendiri. ahahaha ok emo jap.

    so actually motif aku nak bercerita kalini sebab dah lama dah aku perati manusia sekeliling (dalam dunia internet la pe lagi aku kan tak mengembara kat luar rumah) dorang selalu tanya melalui post status, post, tweet, kenapa dorang ni tak positif. then tadi ternampak kesayangan hamba ada tweet yang dia takkan persoalkan apa yang orang buat. yes people!!!! hampa nak jadi positif dak? kalau nak itulah yang hampa kena buat. persetankan segalanya. macam dalam gambaq tu cakap tengok yang baik-baik je dalam sesuatu perkara. contoh

    1.Drama
    bende ni common gila aku tengok orang-orang sekarang buat. lelagi kalau pasal drama melayu. dia punya komen dengan pendapat tu lah kalah penulis skrip. bukan apa. kalau dalam drama tu buat bende tak elok kenapa ko pulak nak meroyan lebih. drama kot? bukan ke kau patut remind diri sendiri that bende tu salah tak patut buat. lepastu kata hal hal macam nilah yang merosakkan budak budak sekarang. kau bebal ke apa? sebelum drama start tak silap aku mesti ada amaran yang budak budak kalau nak tengok kena bawah pengawasan orang dewasa. sebab dah dewasa kan takkan bodoh lagi tak faham mana baik mana buruk. bila budak budak tanya "eh betul ke apa dia buat tu" engko ler pi nasihat kata bende tu salah kalau buat jugak padahnya teruk macam apa yang jadi kat dalam drama la setiap kali watak jahat buat jahat at the end dia kena hukum kan? bukannya kau pi meroyan kata drama takde kualiti lah moral lah apa lah. kau sendiri yang cari negativiti dalam sesuatu karya, hodoh lah bende tu kat mata kau. paham?

    2.Apa yang orang sekeliling buat
    ni lagi satu masalah manusia sekarang. tak senang duduk tengok orang berjaya. tengok orang buat apa yang orang lain nak buat. kenkadang tu bende tu tak start apa lagi baru bagi teaser orang dah mula kecam kenapa nak tiru la. takde idea dah ke. dah takde originality dah ke. ko tak suka dah boleh duduk diam takyah tengok kot? apa motif kau nak persoalkan apa yang orang buat. kau suka orang tanya kau kenapa kau pakai baju sekian sekian. padahal tu baju kau tapi orang pulak nak menyibuk kenapa kau pakai. jangan buat malu diri sendiri lah bodohkan diri tunjuk sangat yang kau berfikiran negatif. orang mcm kau nilah aku nak lari jejauh biar aku tak terperangkap ikut persoalkan kenapa orang makan pakai sudu kalau ada tangan.

    so kesimpulan aku, tak payah lah korang nak nak fikir bende buruk buruk dekat bende yang kau tengok. bayangkanlah kau tengah halau kucing yang kencing kat kasut kau tapi orang tengok pastu kata kau tengah aniaya binatang? adil tak? tak kan? so fikir sendirilah. suka hatilah apa yang orang nak buat. buruk kat mata kau. buruk jugaklah hati kau. asalkan orang gembira dan tak kacau kau selagi tu kau diam dan tak persoalkan apa yang jadi. semua perkara yang berlaku ada sebab, tapi tak semua sebab wajib untuk kau tahu.

    adios.


    Continue Reading





    Assalamualaikum w.b.t

    hey yeah gais. topik kalini topik serious hehe which is tak semua orang tahu kisah silam aku. actually semua bende ni jadi masa hujung tahun 2009. masatu aku pun tak ingt punca aku gaduh dengan semua orang, but of course bende kecik and kebudak budakkan. so from that aku di abai dan biar diri terabai. im used to selalu lepak kat bawah. tp sejak kejadian aku hanya terkurung sampailah masuk tahun 2010. tapi sebelum tu mak aku daftar aku tusyen konon prepare for upsr ler gitu. turned out dorg pun ada sama. and just by that aku duduk sorg sorg kt belakang kelas. funny pulak sebab mcm kebetulan je mmg ada satu kerusi kat baris paling belakang. tak kisah lah awal cemana aku datang tmpt tu yg aku duduk. 

    since then aku jarang turun bawah melepak. yeah mmg ada but it uncomfortable. aku kenkadang hati hati gak dalam berkawan tapi takleh gak sebab end up aku akan sakiti dorg dan aku akan diabaikan. every single fucking year. tu sebab sampai sekarang im just afraid to have real friends. kecuali nina and tipah sebab dorg dgn aku since 2004. so kira kira kawan in real life aku tak ramai pun. dua org tu je yang selalu aku jumpa (kebetulan duduk satu kawasan) and aku lebih banyak kawan kat socmeds. talk about aku jenis terperuk je. percayalah aku leh kira berapa kali degan jari aku keluar dengan membe ke mall. yang lain semua dengan kakak or family. idk why. even nak order makanan ke beli barang ke aku akan suruh orang bayarkan. i just dont like making eye contact with strangers. sebab tu bila ada org yg ajak jumpa ke apa aku jadi gelabah tak menentu. aku jadi tak keruan. jantung ni rasa lain macam degup dia (cakap dgn org dalam phone pun gelabah) i dont have any confidence in my voice. aku prefer main mesej daripada call or voice note. i dont feel confident in anything. my self esteem just so low like low and low and so low. T__T so please dot force me do anything because i have no courage. 

    tapi kalau berbual depan skrin aku lah paling rancak heheheher. ok bye



    Continue Reading




    Assalamualaikum w.b.t

    hai guys am bacckkk with new entry with same segment which is membebel tahpape.... ahahah so yah tajuk still menganggur bekos mmg masih menganggur. smpi kesudah orang tak faham kenapa aku taknak kerja. sampai kesudah orang tak faham nape aku masih bermalas-malasan. nasib takde yang tanya nape tak sambung belajar lagi. aku karate kang sebab berbuih dah mulut bagitahu. tapi korang aku taknak ah bagitahu. hehe wekk. sebenarnya en tahun lepas aku berlagak gila tau mcm alah amik lesen motor kejap je...... guess what. aku buat esen since disember 2015 and smpi skrg tak dpt P lagi ahahahahahahahahaha yeah gelak dulu jom hahahahahahaha. bukan apa tak sangka orang penuh laik namati tu yg proses lambat nak nak pulak aku ada agen so papehal kena refer dia which is mmg noyink ah aku tak suka kerja bawah orang. means ada orang urus aku. orang lain. strangers. gituuuuu kalau leh nak mak ngan abah je yang buat tapi nak buat cane mak aku daftar tanpa berbincang ngan aku kot so rasa paleoootaaakk.

    ekceli bulan 5 tuari buat dah JPJ tapi ko expect apa dari budak yang mmg dari dulu taknak amik lesen ofkoss kat titi tu aku gagal (dah cite kot) so haritu mak aku marah bila nak repeat jpj ni dah berbulan dah engko ni. aku kan noob so aku ingat agen tu dah siapkan apa bende semua but no.... gais no.... dia tak explain ke aku yang pekak ke apa dia suruh aku hantar lesen L aku yang renew kat dia baru dia boleh proses so bla bla aku repeat bulan 8 ni.......... dan aku masih rasa noyink nape lesen motor ni wajib amik hah...... (dari kecik suka nyusahkan orang ceni lah hidup tp aku ada lesen L pun bukan kemana bawak motor tu ke kedai je mampu. sebab takut dengan kereta banyak hurhurhur)

    okaylah tu je nak membebel pasal aku masih membesarkan diri kat rumah. mmg besar..... bila lah nak kurus balik.... ok bye hahahaha


    Continue Reading


    Assalamualaikum w.b.t

    i dont know what have gotten into me these days. well yeah when this feelings come. i will just think "oh it's come again" this kind of feeling didn't come too often like before and i thought maybe my stress has been gone. but no. i'm wrong.

    ugh bende ni bukannya besar sangat tapi yeah bila perasaan ni datang aku mula jadi emo. aku mula salahkan orang . aku mula salahkan situasi. aku mula ketepikan perasaan orang and do my own stuff. padahal tak. aku rasa aku buat bende yang tak kacau orang tapi sebenarnya aku takut orang pergi. aku takut orang patah balik atau terus berjalan tanpa berhenti. tapi aku tak suka orang masuk campur. tapi aku taknak dorng pergi. aku nak dorang ada bila aku perlu tapi aku nak dorang pergi bila aku rasa aku taknak. don't trust me because i don't trust myself either.

    aku dalam fasa tengah sakit hati dengan semua yang jadi kat aku dulu. dulu. yes dulu. bila aku mula mula tahu apa itu sakitnya dugaan terima orang baru dalam hidup. you know that kind of trust issues bila kau terima dia jadi kawan kau, tapi end up dia tikam belakang. sampaikan sesiapa je yang datang kat aku sekarang aku fikir one day dia akan jadi macam diorang jugak so what for untuk kau percaya dia. sebab rahsia kau dah bukan lagi rahsia. tapi pelik lah jugak kan. aku meluah sebab nak orang dengar bukan nak orang selesaikan masalah aku. because i don't even ask anyone to solve my own problem instead of asking them to advice me what should i do. tapi nape eh. hm serabut tau nak buat kawan baru ni. nak kenal orang dalam dalam lagi. sebab tu aku tak suka tanya lelebih kat orang baru ni sebab niat nak buat kawan tu takde. nak jadikan orang tempat aku hilang bosan tu ada. ha ha. i talk about real life people. bukan pasal kawan media sosial. dorang lain. cara aku kenal dorang lain. cara aku layan dorang lain.

    jangan pelik sangat baca entry aku ni sebab memang dari dulu aku suka tulis bende mengarut dah berbelit sampai orang tak faham aku nak cakap apa sebenarnya. nak tahu kenapa? sebab lepas aku dah taip satu ayat and bila nak teruskan dengan ayat yang lain aku lupa aku tulis pasal apa tadi. tu yang kadang jadi out of topic because i don't even bother to stick into one topic till the end. suka cakap merepek. sebab aku memang takde pendirian. tu yang aku suka menyendiri.


    Continue Reading



    Assalamualaikum w.b.t

    yas guys am bek huhu sakai) well yeah my previous entry was about im going to move out to new house. yah guys i wish that was my house (picture) but no ha ha. aku pindah tak jauh pun selang satu tingkat je. hohoho yeah dulu rumah aku tingkat 3 now dah turun ke tingkat 1. kat tigkat 3 tu dah 10 tahun dah kat situ. now lagi 10 tahun lah ktorang menetap kat tingkat 1 ni. ingtkan nak masukkan gambar rumah baru sekali tapi nantiler malas pulak nak buat sebab banyak gila kerja rumah, biasalah baru pindah en. ni pun aku curi-curi masa jap nak bukak blog nak tukar lagu suara kesayangan hehehehe.

    ok lah bye back to housewooorrkkk <-- (suri rumah yang bahagia dan berjaya)

    --------------------------------------------------------------------------------------

    ok hai ni gua update dah dgn gambar2 suasan rumah baru. but bilik parents dgn adik aku tadelah ek bekos privacy depa. masa aku tangkap ni pun time tkde org kt rumah so here my new house



    ni lah ruang tamu kami dulu lain susunannya ni dah pindah ni depa nak tukaq selera lah kot

    yg ni pulak ruang makan untuk tetamu ja. tapi kami buat tmpt lepak hehe. ruang makan untuk kami kat dapuq ah pa lagi (tp takdak gambaq lah bekos kt situ tak siap kemas lagi)


    jeng jeng jeng ni bilik aku lah palagi. kongsi dengan akak ler tu ada dua tempat tidoq. ni kira idea dia pun warna cadar sebab aku nak hitam tapi hm papeje.


    ha ruangan ni mmg idea aku dari almari smpi lah ke cermin pe semua hehehe cantik en enenenene kk bye. masih sudi jenguk mai xD 


    Continue Reading



    Assalamualaikum w.b.t

    eh dah seminggu raya laaaa!!! muehehehe lama gila tak update blog. yelah sebulan sekali je kan ada masa nak jenguk blog ni. kalau boleh setiap kali jenguk setiap kali tulah nak tukar header. tu je yang aku mampu hehe. nak edit blog dah pening pale otak. lagipun pakai laptop orang kot. eh lupa nak wish Selamat Hari Raya. tapi ada ke orang baca blog ni kehkehkehkeh. papehal pun sebenaqnya cheq ni tengah buat persiapan nak pindah rumah. dah kira 50% dah leh angkut barang. tapi bilik aku ni mcm takde bende yang terangkut je aku tgk ahahaha. yelah sebab mostly barang nak buang tu tak angkut pun. tapelah nanti dah siap pindah kemas semua aku tunjuk eh bilik baru cemana rupa. bilik lama pun cemana rupanya hehehehe.

    yelah walaupun mcm takde je yang melawat sini aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya gais banyak dak duit raya hampa dapat? aku kutip duit raya sampai raya ke-3 je do. pastu reput kat rumah kemas itu ini. so sesiapa nak bagi duit raya kat ai sudi-sudi ler jemput ai datang rumah uolls. hehe okay lah wassalam


    bila tah nak update penyesalan tu -__-


    Continue Reading


    Assalamualaikum w.b.t

    hi peeps! Salam Ramadhan to all the muslim readers here. ya i know it's already 20th of Ramadhan but nah better late than nothing. and if i dont wished it wouldnt be problem right? hehe so im here not talking to you guys about happy fasting or lets changed for good for this month or whatever because i  do know that is what everyone do right now right? or not? hahaha okay okay.

    so actually cakap pasal Ramadhan semuaorang dah sedia tahu lagi berapa hari je kita akan menghampiri Syawal. dan kita jugak berada dalam fasa 10 malam terakhir Ramadhan di mana semua muslim terkejar kejar untuk sama-sama berada di malam Lailatul Qadr. Semoga semuanya umat Islam di dunia ini akan diberi peluang untuk berjumpa dengan malam Lailatul Qadr.

    so itu sahaja untuk entry kalini sebab aku takde mende nak cakap pun hahahaha nak cakap je dah comeback dengan bab baru untuk Penyesalan. dipersilakan lah baca dan memberi komen anda yang bernas. terima kasih. jumpa lagi. Assalamualaikum !


    Continue Reading




    Assalamualaikum w.b.t

    so baru baru ni... takdelah baru mana macam dah lama gak ah tapi tak lama. ok stop dgn berbelit ni. membe aku ada tanya aku pasal pendapat aku tentang peminat satu drama yang over gila pasal movie yang akan keluar tak lama lagi. bekos aku masa tu mmg lame tak amik tau tntg movie apa yang bakal dikeluarkan oleh industri tanah air sendiri cam blurrrrrrr. so lepas dapat tahu gua pun pe lagi pi ah skodeng en. PEGGGHHH. time tu gak aku dgn dia ngamuk memasing dalam chatroom jelah hehehehe.

    dan lepas tu aku dapat soklan yang sama dari org lain tp tak se detail membe aku ah. dorg cam weh ko tgk dorg ni. so aku pun tengok je...... kk tak hehe. aku pun cam observe lah stalk punya stalk baca punya baca. aku baca semua okay dari ke twitter > instagram > facebook semua komen lah aku baca bekos nak bandingkan tahap kebodohan dan adalah cam pandai tapi mcm susah nak capai target. sorang sorang (ops maaf kasar tapi mmg patut pun ko digelar bodoh. nak tahu kenapa jap lagi aku explain) tapi gila ah masa aku observe gatal gila tangan nak reply. tapi ada satu aku terlepas pi reply. so maybe dia sedar dia ..... ya so dia mcm tak reply tapi dia tak delete pun tweet yg nampak dia bo... tu sbb rasanya banyak (eh taknak cakap sbb takut jatuh dosa fitnah lak)

    ha mai hakak explain di mana depa claim movie malaysia tu tiru drama korea. smpi ada komen yg berbunyi malu gila dah takde idea ke. ey stop lah meniru ni. say no to (padia tah nama dia cheq tak pandai bahasa omputih ni so pepeje). ada sampai pangai mcm noob gila memarah lepas tgk gambar behind the scene. GAMBAR KOT. bukan video trailer ke apa lagi. tapi masa aku tgk gambar tu pun mmg takleh nafi lah ada sama dia dari segi baju watak dan penampilan tu. halah setakat bawak konsep lebih kurang tu dituduh meniru nampak ngat lah hang tu bodoh(1). apesal tak kecoh pasal movie or telemovie yang lain tu(takmo list yg mana sbb hangpa takkan bodoh ngat kot tatau lagi satu aku taleh tuduh depa meniru bekos maybe depa ada sebab nak ikut 100% plot)  oh lupa depa ikut omputih punya kerja so takpe. yg hat ni tiru kerja org 'negara hang' tu yg takleh. nak nunjuk akai takdak(2) takleh pikir sebelum tulis cah cah cam ko lak yang duk kat set tu dengar apa yg director dgn scriptwriter bincang plot movie tu cemana. tapi mungkin lah lepaih hampa dah baca plot asal hampa baru nampak kesedaran. masatu baru nak ingat tuhan ya Allah bodoh nya aku main tuduh tuduh macam tu. ke takdak? kk takpa. 

    pastu ada lagi ni kira pandai tak bodoh pun tak tapi tatau la hampa nilai la lepaih dengaq pendapat aku. ada sorg ni komen kira mcm dia bandingkan drama melayu dgn korea ni dalam beberapa aspek. ada 4 ke 5 aku lupa tp ada pasal hero. lagu. pengangkutan. yg lagi satu aku tak ingt dh padia tah tak penting kot. hoho part hero dia menangkan negara kita ah bekos dia kata drama korea punya hero semua muka jambu tak macho. sekiusmi abank jisung aku macho kkkkkk. ke dia aim kat drama tu je? kk (bukan haters ok i love him so muchhhhhh cuma tak layan drama dia je hm). pastu part lagu ost tu dia mcm huhuhuhuhu sori lah. kami org melayu selagi lagu tu kena dengan scene selagi tu kami pakai sebab selama aku hidup layan drama melayu tak pernah lak complain apasal dia guna lagu ni lagi dulu drama tu pun lagu tu apaaaa taaahhh tak tak pasal lagu lagu ni bagi aku tak menjejaskan pun seseuatu cerita. apatah lagi drama korea. sekiusmi aku layan drama korea for 6 years oledi and aku tak pernah amik tahu pun pasal lagu depa. kalau best. best ah. so ? tu pendapat aku lah. tapi yelah hang dok komen kena tahu jugak buat lagu pun pakai duit ye. aku bukan cakap negara kita miskin tapi ko banding drama kita dgn drama korea koootttt???????? KOREA KOT?????? ok harap jelas dan paham lah. pasal pengangkutan lak....... paling takleh terima ah aku tak paham nape faktor pengangkutan ni terbabit sama. tang mana attractive seseorang hero naik bas atau teksi pun aku tak nampak? ke ko takde point yang boleh menangkan "negara ko" punya drama(?) k la nak ckp ngat pasal pengangkutan en. biasalah ongkaya ada keta pe salah naik keta sendiri. tapi ada je scene keta dia rosak pastu dia naik teksi? pastu ada je scene naik moto cikai. ko tengok drama korea punya motor.... ada cikai? takde. pastu ada je scene org miskin naik basikal buruk je. siap jalan kaki pakai sliper jamban pun ada. nape tak mention pasal tu? (3)(malas nak type)

    konklusi dia satu je. maaflah nak mention melayu kat sini sbb rata rata yang lantang bersuara ni melayu. ko tak nampak lagi ke orang asyik perlekehkan melayu ni tak matang? kenapa melayu ni lambat maju? tak nampak? yelah sebab bende ni je pun boleh bawak kecoh nak gaduh sana sini. ko tengok dan duk diam pastu open minded sikit leh dak? sorilah aku baru 18 tapi dah berlagak nak cakap lebih. tapi tak salahkan seorang budak 18 tahun nak menilai ikut pemikiran dia? bukan nak apa nak hangpa semua ni open minded sikit ja. bukan dalam hal ni. dalam semua hal. kalau otak hang asyik dok pikiaq negatif. negatif lah perkara tu kat mata hang. cuba jadi manusia positif?
    Continue Reading





    Assalamualaikum w.b.t

    sekarang bulan mei dah en? dah bulan mei weh. its freaking MAYYYYYY. ye keputusan upu dah nak dekat. haraplah dapat ok people. well actually aku dapat tawaran pi form 6 which is stpm lah wey padia lagi. kalau ikutkan dua hari lepas dah kena daftar. tapi menengokkan tawaran subjek dan tempat belajaq tu mmg aku tak berkenan aku putuskan untuk tunggu upu ja tanpa buat apa apa. kebanyakan membe ada je pi form 6 tp kalau dpt upu blah zh sebab bosan depa kata. tapi tu depa ah bukan aku. takde kerja lah wey nak bangun awai pepagi pi sekolah malas akuuuuu. 

    btw sekarang aku tengah gila drama danddara ( ni bahasa korea dia kakakaka tajuk dia entertainer) hangpa pi lah google sendiri pastu tengok tau bekos ni bukan ordinary love story punya bekos sbs kan depan skrg mmg buat drama pakai real life punya (aku ckp ni bekos aku mmg tk layan mana drama kbs mbc tvn ke apa dia padahal depa pun sama je hehe) tapi sebab aku masih takleh move on dgn drama terbitan sbs which is pinocchio, god's gift, remember and ada lagi ah aku lupa. aku mmg suka layan drama yg tak banyak sangat scene bercinta ni sebab rimas ah complicated dia takleh bawak bincang. aku cakap pasal aku okay takyah nak butthurt ttiba kat sini. blog aku kot mesti ah aku cita pasal diri aku.

    kk raklu pape roger (im wide awake btw)
    Continue Reading




    Assalamualaikum w.b.t

    sepanjang aku hidup memacam orang dah yang aku jumpa yang jenis kaitkan tudung dgn perangai seseorang wanita ni. kebanyakannya lelaki dan perempuan yang tidak bertudung mahupun perempuan bukan islam. mmg dah lali dah dengar kritikan orang sekeliling contohnya macam "eh pakai je tudung tapi mulut cam haram" "eh kau pakai tudung kan apesal mencarut?" "baik takyah pakai tudung kalau perangai macam sun***"  common. selalu. sering. banyak kali. mesti banyak en korang dengar. then nanti ada lah sesetengah pihak yang nak membidas "tudung is tudung perangai is perangai" "jgn salahkan tudunglah kalau perangai dia mcm tu" "jgn kaitkan tudung dgn perangai boleh tak" dan memacam lagi. aku bab dan hal tu memang no komen ah. tapi kenkadang rasa mcm betul gak nape nak salahkan tudung kalau perangai org tu mcm tu. pemikiran yang tu pun aku rasa masa aku baru nak meningkat remaja kot ? sebab sekarang dah jarang jumpa dah org complain hal ni.

    nak dijadikan cerita, aku baru balik dari kelas motor. kebetulan jumpa dua orang kawan ni dedua pakai tudung yang jenis bidang besar yang memang tutup sampai perut lah. aku ni masa kat sana mmg takde kawan so dalam duduk dediam ni mmg pandang sekeliling jugak lah. sesekali terpandang gak dua orang ni sembang sekali dengan kawan diorng yang lain. yang lain tu pakai tudung jenis biasa biasa je macam aku. tak muslimah mana hehe. masa pandang diorng tu automatik aku teringat pasal apa kaitan tudung dengan perangai.

    dekat tempat duduk yang ktorng duduk tu bebetul sebelah tempat nak test 'titi' untuk yang dah amik lesen motor tu taulah titi tu macam mana bentuk dan kepayahan dia kan. kebetulan time tu ada orang buat. idk aku ni mmg buat bende baik ke jahat tapi duk pi pasang telinga sikit lol. orang tu jatuh dari titi. means motor dia yang jatuh aku mcm tengok geng dorg ni duk gelak gelak gedik yg uknow gelak gelak yang hihihihi mcm kau dengor pun rasa tak sedap nak dengar. then dorg menyembang macam cakap pasal orang ke apa tapi cara yang tak sedap nak tengok. sorry to say aku manusia yang jenis menilai.

    now i know why orang kaitkan dua perkara tu. bila aku tgk dua orang tu aku jadi ragu ragu dengan dorng. sebab setahu aku lah yang jenis dah mula terbuka hati nak pakai tudung yang labuh ni mesti nak jaga aurat mereka nak jaga kehormatan mereka tapi bila adab tak terjaga dia jadi macam tak kena. macam ada yang belum complete dan sempurna. masa tu barulah aku jelas nampak apa yang orang asyik perkatakan selama ni. why orang selalu kaitkan pemakaian dengan perangai. tudung juga merupakan pakaian bagi wanita islam ye.

    contohnya bila kau tengok orang yang pakai seksi pakai jenis macam kau tengok pun kau tak selesa lepastu nampak pulak perangai dia yang kurang ajar. masa tu kau terkejut ke kau akan "oh tgk cara dia pakai pun dah boleh agak perangai dia mcm tu"  automatik eh. apa yang kau gayakan kat badan tu orang dah boleh expect perangai kau. same goes tu perempuan yang sopan bertudung tetiba berkelakuan tak sopan. mesti akan ada yang menilai. tak depan depan dalam hati. kita manusia mana pernah terlepas dari menilai seseorang. jadi buat hakak hakak kat luaq tu pasni hangpa dah sopan sopan pakai baju tudung tu semua hangpa buat lah pangai elok sikit na. dengan kawan-kawan takpa sebab depa tahu luaq dalam hang. dengan org tak kenai hang jangan duk buat pangai monyet tu. kenkadang first impression orang terhadap kita ni penting gak.

    ni setakat pendapat cheq. hangpa ras hangpa betui biaqlah cheq tak kata pun cheq betul. makasih


    Continue Reading








    Assalamualaikum w.b.t

    hai korang. yeah finally new update. okay ingat tak aku pernah merungut taknak kerja ke apa malas nak kisah ah papeje semua tu hahaha. actually aku tak anggap pun bende tu kerja. sebab kawan aku suruh ngajor dia math since tahun ni dia spm. memula tu ada ah dia kata "mak aku bayor kau" serius cakap siapa tak excited but i dont expect anything pun because every week ngajor dia rasa mcm ngajor membe membe yg dalam kesusahan lama-lama mmg tak pikir pun pasal bayaran. sebab masa tu mcm ikhlas ah (gitewwwww) ttiba semalam kelas nak nak pulak dah akhir bulan mak dia hulur sampul duit dia kata buat belanja. aku pun masa tu tgh ngajor maca "ehhhh" muka aku takyah cakap bersalah + malu. sebab dari kecik mak tak ngajor terima pemberian duit mcm tu je sbb masatu mmg tak terpikir gila mak dia betul betul nak bayar. makcik tu lak sengih ckp "eh takpe amik jee". aku pun dengan segan sambut lah smbil cakap terima kasih pastu letak tepi sebab tgh ngajor kan (kehkehkeh)

    pastu dah nak balik tu membe aku mcm "takyah ah belanja ko soopong cukup dah duit tu" sekali lagi muka aku mcm terperanjat beruk like apa bende minah ni repek. sebab aku tau lah harga nak makan soopong at least ko kena sedia banyak (lagi satu ktorng dah buat kira-kira dah berapa kena spent nak makan situ) so masa tu aku agak mak dia hulur dalam berapa je nak pikir apa. aku budak 18 pastu org ckp buat belanja. uknow duit buat belanja. pastu minah tu suruh check berapa. masa tu rasa nak gugur jantung pest time rasanya pegang duit gaji. gila gaji kot!!!! ajar math je. tapi rezeki Allah mana yang aku nak menolak kan. pastu dgn rasa bersalah terus aku warning membe aku "ko kalau takde improve dalam math ko siap!" 

    May Allah bless the entire family huhuw.

     yg pasti semalam abang dia nampak aku dalam keadaan yang menyedihkan smpi aku taknak dah jumpa abang dia ah papeje!!!!!!




    Continue Reading



    Assalamualaikum w.b.t

    bagi yang selalu bukak blog aku ni ingat tak aku buat entry pasal laki dan perempuan ni kawan biasa apa semua ni hmmm papeje. so baru baru ni aku tersedar. ceh. masa buat entry tu everything was fine. but not anymore. i lost them. i mean i didnt do anything though. they just leave me terkapai kapai like whatever.

    bukan apa. entahlah. aku ada dua kawan actually. satu pergi bersebab. satu lagi pergi tak bersebab just like 'him'. aku paham yang sorg tu sbb yelah mungkin itu je caranya untuk dia sendiri sedar dia buat salah. tapi betul apa aku buat 'friendzone' treatment sebab dia sendiri kot yang tolak aku dulu ? so yeah 1:1 ahahahaha tapi mungkin dia sedar kot yang kitaorng dua mmg taleh bersama. sebab yeah i said it boleh jadi kawan tapi kena ada batas. aku yang dah tawar hati ni mmg tak ah nak bagi peluang lain. you broke my heart but i still can handle it. but not anymore ah now aku pun masih takleh lupa kau so aku delete jelah everything about you. (papeje yang baca dulu kata aku mcm-mcm i didnt know it would turned out to be like this lepas dah jaga batas pe semua. not my fault okay?)

    yang sekoq lagi ni ha aku tak paham. maybe yang dia call akhir bulan tu dia nak bagi hint yang kitorng patut stop contact kot? ye ah lagipun masa dia call pun aku awkward sbb dah lama tak nyembang pakai suara so perbualan tu pendek like pendek gila. then after that terus boooommmmm nothing happen. memasing diam. mungkin ego and whatever lantak kau lah aku malas nak pikir (tapi pikir gak ye tahu papeje)

    so apa yang aku sedar? ye aku sedar yang laki dengan perempuan ko tahan takan mana pun mmg takleh nak jadi kawan baik. bekos mmg dah lumrah susah nak jadi kawan baik melainkan memasing dah ada pasangan memasing and just kawan untuk kau nyembang bende penting je. bukan bende bende bodoh like takde pekdah ha susah nanti...... ntah papeje.


    aku buat cite tu. baca ah huhuhuhu link di sidebar huhuhu komen ler
    Continue Reading



    this is just a short entry. tak taulah kalau korang still yang jenis bukak blog nak baca cerita orang ke tak but aku decide nak publish cerita aku kat blog je since wattpad readers dia tak ramai minat cerita bm (sesuka hati aku je kan). boleh tengok dekat sidebar aku bubuh link kat mana nak baca. tengs
    Continue Reading

    Assalamualikum w.b.t

    Hal ni tkdelah baru mana sampai aku baru nak buka topik ni tapi kenkadang nyampah gak ah sbb still tak habis lagi dgn bende mcm ni. Pasal plastik aku nak ckp ni bukan sebarangan plastik. Sbb ni pasal plastik manusia. Hahahahaha ni kira untuk peminat kpop. Sebab mostly bende ni jadi kat depa ja.Takleh nafi aku pun salah sorg dri panggilan tu tapi ni aku nk ckp sikit kt manusia manusia yg jenis panas buntut bila certain manusia kutuk idol depa. Lelagi pasal plastic surgery. Tak aku tak faham yg kau nak membebel panjang nak defend dorg pe sangat pe jadah hang dapat apa. Keluaq sat loghat aku dah. Aku kenkadang baca jadi annoyed gila dgn sesetengah yg defend habis habisan tu mcm dah tinggal sebumbung dgn idol dorg tu. Bende betul engko nak nafi ni sama mcm nak tegakkan benang yg basah. Biak pi lah wei org nak ckp apa. Selagi hal tu tak kacau hangpa punya perjalanan hidup selagi tu hang diam. Bende takleh nak buat apa. Bende betui. Ye ada je idol yg muka semula jadi tapi yg duk kutuk tu tak tau pun sbb mmg majoriti rakyat sana buat bende tu. Hang duk kalut nafi hang pikir depa nak tau ka. Suka hati lah dorg nak pikir apa pun. Panas buntut sangat pasaipa.

    Hah yang satu lagi untuk sesetengah manusia yg duk tk puas hati dgn yg minat org luaq negara ni. Hang duk kata "apsal nak minat org kafir ni" "eee dorg makan babi kot" "dah lah plastik" aku nak tanya yg buat semua islam ka? Depa minat org org mcm tu kacau hang nak hidup ka? Yalah dosa minat sampai lupa agama sendiri. Tapi hang tu nak kutuk apa yg depa buat mcm hang pun dah lupa ajaran agama sendiri. Ada ke islam suruh kita merendahkan agama lain? Hangpa concern dgn bangsa dan agama sendiri dulu yg entah islam lagi ke dak tu. Hangpa concern dgn artis seagama dulu yg perangai tak serupa islam ke entah tu. Yg korg nak kecoh pasal org bukan islam buat bende mcm tu buat apa. Sekurangnya depa mmg bukan islam,  agama depa tak kata bende tu haram. Tapi hang duk kalut nak kutuk sana sini. Sibuk hal hal org mcm kacau hangpa nak tidoq aih. Seronok ke wei jatuhkan org ni? Seronok ke cari gaduh dgn org ni? Seronok ke buat org berdosa sbb hang? org yg hati busuk je perangai mcm ni. Islam lagi ke bila hati dah busuk mcm ni?

    Continue Reading

    Assalamualaikum w.b.t

    First of all thanks sebab baca. Dah 2016 dah pun kan. Ye sebab dah 2016 lah aku bukan lagi seorang pelajar sekolah. Ingat best, tapi makin hari aku makin annoyed dgn kehidupan mcm ni. Yelah kehidupan bila kau kena fikir pasal duit untuk terus hidup. Aku bukan keluarga yg senang. Nak jugak merasa ada duit sendiri bila nak start masuk u nnti adalah duit simpanan nak belanja. Haih. Bukan aku taknak kerja. Tp aaarghhh. Entahlah bila kena paksa kerja tu rasa mcm ugh kenapa takda org faham apa yang aku nak sekarang. Tapi apa yg aku nak ? Heh.

    Pernah gak kenkadang tu rasa syukur pudar dlm diri. Kengkonon syaitan tgh menguasai hati lah. Mohon Allah lembutkan hati kita dan permudahkan urusan kita. Bye

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bee-ha Pastry Chef to be

    Just a girl who still unsure about what to do for life. Turning 21 this year yet still addicted to ice cream.

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Blog Archive

    • ►  2019 (3)
      • ►  January 2019 (3)
    • ►  2018 (1)
      • ►  April 2018 (1)
    • ►  2017 (10)
      • ►  June 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  April 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (1)
      • ►  January 2017 (1)
    • ▼  2016 (17)
      • ▼  December 2016 (2)
        • Full Update
        • UiTM
      • ►  August 2016 (2)
        • Be Positive
        • The Past
      • ►  July 2016 (4)
        • Masih Menganggur
        • Menyendiri
        • New House!!
        • Raya
      • ►  June 2016 (1)
        • Salam Ramadhan
      • ►  May 2016 (2)
        • Drama (?)
        • Mei
      • ►  April 2016 (2)
        • Tudung vs Perangai (?)
        • Tutor
      • ►  March 2016 (2)
        • Sedor
        • Penyesalan
      • ►  February 2016 (1)
        • Peminat dan Pembenci
      • ►  January 2016 (1)
        • Kehidupan
    • ►  2015 (9)
      • ►  December 2015 (3)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  July 2015 (2)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
    • ►  2014 (9)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (2)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (3)
    • ►  2013 (22)
      • ►  November 2013 (4)
      • ►  October 2013 (3)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (3)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  January 2013 (9)
    • ►  2012 (20)
      • ►  December 2012 (5)
      • ►  November 2012 (12)
      • ►  October 2012 (3)

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top