Beeha

    • Home
    • About
    • Tiga
    • Rindu
    • Potoshops


     Aku tak tahu kenapa aku rasa nak menulis. Mungkin sebab hanya bercakap dalam hati tak cukup untuk aku lepaskan kemarahan tak cukup untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Kenapa aku rasa setiap kali aku fikirkan mati setiap kali aku fikirkan kesedihan aku rasa aku ni cuma melebih lebih. Aku rasa macam aku ni mengada ngada je. Mungkin juga sebab aku rasa macam ni aku rasa aku tak perlukan pun bantuan, aku tak ada pun sakit yang aku rasa aku ada. 

    Setiap kali aku fikirkan perkara yang buat aku sedih mesti aku rasa macam ada benda yang belum habis lagi diluahkan. Aku cuma nak didengari aku cuma nak difahami, tapi bila perasaan aku disalah erti aku jadi tak boleh hidup tenang. Kalau aku duduk sendirian dan mula fikirkan balik scenario yang sepatutnya terjadi mesti aku ada perasaan yang tak best perasaan yang tak puas sebab perkara itu tak terjadi. 

    Cerita ni agak remeh tapi effect emosi dan mental aku. Kejadian ni bermula sejak bulan 11/2025 aku dengar bunyi dentuman radio di dinding rumah. Ya bila radio dia pasang kuat dan ada dentuman bunyi dia akan menggegarkan dinding. Aku ni memang manusia yang bencikan bunyi tu. Sebab aku dah hadap sejak bujang lagi bila ada bunyi bising radio yang di pasang kuat dinding rumah aku akan rasa getaran bunyi tu. Membuatkan aku susah tidur tiap malam. Bila perkara ni terjadi lagi sekali setelah sekian lama aku jadi triggered atau erti kata lain aku jadi trauma sebab bunyi tu buat aku susah tidur. 

    Dan paling teruk bila benda sama berulang bunyi tu muncul waktu malam waktu aku nak tidur. Rumah aku ni bersambung dengan rumah sebelah, jadi bunyi tu datang dari rumah sebelah dimana biras aku sendiri yang mulakan. Setiap malam aku dan suami bergilir minta pesan ke anak anak buah kami untuk tolong tutup radio sebab aku nak tidur. Ye aku sorang sahaja yang sensitif dengan bunyi tu. Kadang² suami sendiri yang pergi tutup radio tu di rumah kakaknya sendiri. Benda ni berlarutan sampai bulan 2/2026 aku dah tak tahan. Selama ni bila kami pesan ye radio ditutup dan aku boleh tidur dengan tenang. Sehinggalah suatu  hari sekali lagi kami pesan untuk tutup radio, radio ditutup tapi sekejap. 

    Beberapa jam selepas itu radio kembali terpasang, lebih kurang jam 1 pagi macam tu. Suami aku dah lena dah. Takkan aku nak kejut dia. Aku pulak dah berpakaian baju tidur takkan nak pergi rumah sebelah pukul 1 pg pulak kan. Jadinya aku call dan call dan tetap call untuk nak remind tolong tutupkan radio. Malangnya panggilan aku tidak terjawab. Macam sebelum sebelum ni pun kalau aku call tak pernah dijawab, tapi radio mati. Cuma kalini bila call tak diangkat dan radio tetap terpasang sehingga la waktu subuh aku tak boleh nak tidur sebab bunyi yang bising mengganggu aku. 

    Akhirnya baru aku boleh tidur selepas subuh. Tapi itulah ujian aku dimana tak sampai beberapa jam tidur anak kejutkan aku bangun tiba tiba. Mengamuk tak tahu kenapa, aku yang kurang tidur agak hilang sabar dan mula menangis sekali dengan anak dan meminta bantuan suami di tempat kerja sebab aku takut aku jadi hilang kawalan. Satu perangai aku yang aku sendiri tak tahu kenapa, aku mudah meltdown kalau aku dalam keadaan yang terlampau stress aku mudah mengamuk dan hilang kawalan. Aku mula update status di whatsapp dengan niat meluahkan amarah aku terhadap biras aku sendiri yang tak pernah fikirkan pasal orang lain lansung. Ya amarah yang diluar kawalan aku sendiri dimana aku menggunakan kata kata kesat yang melampau lampau. Salah aku tapi aku puas. 

    Bayangkan setiap malam aku dan suami pesan baik baik untuk radio di tutup. Tapi hanya dilayan permintaan kami hari itu sahaja. Jadi kami perlu berulang ulang kali pesan setiap malam seolah seolah biras kami macam takde otak untuk fikir waktu malam adalah waktu orang nak rehat dan tidur. Perasaan amarah aku disalah tafsir oleh kakak ipar aku sendiri dan mula menyalahkan kami hanya pandai cakap belakang dan kata buruk buruk ke suami dia sahaja. Suami aku dah explain ke kakaknya apa yang aku rasakan malam tu tapi tulah, aku pun taktahu dia faham ke tak sebab sampai sekarang tiada permohonan maaf pun daripada mereka sebaliknya kami pulak yang perlu minta maaf sebab mengamuk 😇

    Jadi itulah, sampai ke saat ini bulan 6/2026 aku masih rasa ada urusan yang belum selesai dan kadang- kadang aku akan menangis sebab rasa tak adil buat diri aku bila aku dibenci hanya sebab satu kesalahan aku. Dan mereka berbuat seolah macam mereka tiada kesalahan lansung. Aku masih tak dapat ketenangan fikiran yang aku perlukan.
















    Continue Reading



    there is always once in my life, i will ask about my existence. i keep thinking, do i deserve to have this kind of feelings? did i make a right decision? am i wrong? i keep thinking and thinking and thinking should i seek for help? it is even worth it? am i just exaggerating things?

    every day i keep thinking should i post about it on my blog, should i just typing about it and let it go? i am already 21 and i didn't know how to approach people to let them know what i have been keeping. i am just afraid with their feedback. with their response. from the beginning, the relationship never close. the relationship never lovely.

    it is hard when people only know the opposite of you. it is hard to actually telling everyone that i am not strong. i am not happy. i am not okay. it is hard because i keep thinking that i am a burden.

    how i wish i could hug someone while im crying without telling them anything. i jut want someone to be there when i am falling apart. i just want someone to rub my back and tell me everything is okay even though they didn't know what is actually happen. i know it is okay to overthinking, but it didn't make me feel any better because i am alone.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bee-ha Proud Housewife

    Just a girl who still unsure about what to do for life. Turning 28 this year yet still addicted to ice cream.

    Follow Us

    • instagram

    Blog Archive

    • ▼  2026 (1)
      • ▼  June 2026 (1)
        • Unsettling Feelings
    • ►  2019 (3)
      • ►  January 2019 (3)
    • ►  2018 (1)
      • ►  April 2018 (1)
    • ►  2017 (10)
      • ►  June 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  April 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (1)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (17)
      • ►  December 2016 (2)
      • ►  August 2016 (2)
      • ►  July 2016 (4)
      • ►  June 2016 (1)
      • ►  May 2016 (2)
      • ►  April 2016 (2)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (1)
    • ►  2015 (9)
      • ►  December 2015 (3)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  July 2015 (2)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
    • ►  2014 (9)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (2)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (3)
    • ►  2013 (22)
      • ►  November 2013 (4)
      • ►  October 2013 (3)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (3)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  January 2013 (9)
    • ►  2012 (20)
      • ►  December 2012 (5)
      • ►  November 2012 (12)
      • ►  October 2012 (3)

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top