Dunia . aku

November 26, 2013

Assalamualaikum.

hm agak lama jugak lah tak berkongsi cerita. ahahaha aku sihat sihat je semenjak cuti ni. cuma bosan sikit sbb asyik melepak dekat rumah atas katil smbil baca buku. tak pun melepak dekat meja belajar sambil melukis. rasa macam takde kehidupan lah pulak ahaha. dua buku dalam beg tu mmg wajib ada dengan aku setiap masa. peneman bangun tidur makan minum. mandi dengan shhh je tak ahahahaha. well said. sejak kebelakangan ni aku rasa macam tak de guna dengan apa yang aku rancang. u know kata tak seindah rupa. gitulah.. apa nak jadi dengan aku pun aku tak tahulah. jiwa ni rasa kosong bosan mati. aku patut berusaha lagi untuk dekatkan diri kepada-Nya.

Astargfirullahalazim.. aku dah jauh terpesong aku dah jauh menyimpang dari lansdasan. dah banyak perkara aku abaikan. jiwa meronta minta kembali otak dah set untuk kembali. hati yang memaksa untuk stay. ya Allah bantu hambaMu yang lemah ini.

banyak aku fikir. buku ni bagi aku inspirasi untuk bukak mata tentang dunia. tentang kehidupan. bukan sahaja mata tapi hati.

"orang yang buta hati ni ada penyakit"

ada jugak terfikir nak mulakan balik menaip. mula sambung balik dua cerita yang tergadai. nak kongsi dengan masyarakat tentang dunia aku. dunia aku yang tak pernah siapa peduli. dunia aku yang tak pernah siapa ambil tahu dan dunia aku yang takde siapa boleh masuk dan fahami. cuma nak orang tahu yang aku ada dunia tersendiri. aku ada dunia yang aku cipta. untuk aku hidup dekat dalamnya. bukan dunia yang sesat. tapi dunia yang penuh dengan cerita. cerita tentang aku.

tengoklah macam mana. aku fikirkan balik. nak bangun dari mimpi untuk tengok dunia reliti ni bukan senang. perlukan jiwa yang kental dan hati yang kuat. ingat senang nak tempuhi dunia reliti. aku lebih rela tidur dan terus bermimpi dari terus berjumpa dengan reliti yang menyakitkan. realiti yang melukakan. hidup tak seindah yang kita rancang di atas sehelai kertas. tak seindah yang kita baca didalam buku. tak seindah yang kita lihat dalam kaca televisyen.

bila kau dah bersedia, bangunlah menghadapi realiti. sampai bila kau nak bermimpi. tolong sedar. hidup ni cuma sekali. #notetomyself



You Might Also Like

0 comments