Drama (?)

May 18, 2016





Assalamualaikum w.b.t

so baru baru ni... takdelah baru mana macam dah lama gak ah tapi tak lama. ok stop dgn berbelit ni. membe aku ada tanya aku pasal pendapat aku tentang peminat satu drama yang over gila pasal movie yang akan keluar tak lama lagi. bekos aku masa tu mmg lame tak amik tau tntg movie apa yang bakal dikeluarkan oleh industri tanah air sendiri cam blurrrrrrr. so lepas dapat tahu gua pun pe lagi pi ah skodeng en. PEGGGHHH. time tu gak aku dgn dia ngamuk memasing dalam chatroom jelah hehehehe.

dan lepas tu aku dapat soklan yang sama dari org lain tp tak se detail membe aku ah. dorg cam weh ko tgk dorg ni. so aku pun tengok je...... kk tak hehe. aku pun cam observe lah stalk punya stalk baca punya baca. aku baca semua okay dari ke twitter > instagram > facebook semua komen lah aku baca bekos nak bandingkan tahap kebodohan dan adalah cam pandai tapi mcm susah nak capai target. sorang sorang (ops maaf kasar tapi mmg patut pun ko digelar bodoh. nak tahu kenapa jap lagi aku explain) tapi gila ah masa aku observe gatal gila tangan nak reply. tapi ada satu aku terlepas pi reply. so maybe dia sedar dia ..... ya so dia mcm tak reply tapi dia tak delete pun tweet yg nampak dia bo... tu sbb rasanya banyak (eh taknak cakap sbb takut jatuh dosa fitnah lak)

ha mai hakak explain di mana depa claim movie malaysia tu tiru drama korea. smpi ada komen yg berbunyi malu gila dah takde idea ke. ey stop lah meniru ni. say no to (padia tah nama dia cheq tak pandai bahasa omputih ni so pepeje). ada sampai pangai mcm noob gila memarah lepas tgk gambar behind the scene. GAMBAR KOT. bukan video trailer ke apa lagi. tapi masa aku tgk gambar tu pun mmg takleh nafi lah ada sama dia dari segi baju watak dan penampilan tu. halah setakat bawak konsep lebih kurang tu dituduh meniru nampak ngat lah hang tu bodoh(1). apesal tak kecoh pasal movie or telemovie yang lain tu(takmo list yg mana sbb hangpa takkan bodoh ngat kot tatau lagi satu aku taleh tuduh depa meniru bekos maybe depa ada sebab nak ikut 100% plot)  oh lupa depa ikut omputih punya kerja so takpe. yg hat ni tiru kerja org 'negara hang' tu yg takleh. nak nunjuk akai takdak(2) takleh pikir sebelum tulis cah cah cam ko lak yang duk kat set tu dengar apa yg director dgn scriptwriter bincang plot movie tu cemana. tapi mungkin lah lepaih hampa dah baca plot asal hampa baru nampak kesedaran. masatu baru nak ingat tuhan ya Allah bodoh nya aku main tuduh tuduh macam tu. ke takdak? kk takpa. 

pastu ada lagi ni kira pandai tak bodoh pun tak tapi tatau la hampa nilai la lepaih dengaq pendapat aku. ada sorg ni komen kira mcm dia bandingkan drama melayu dgn korea ni dalam beberapa aspek. ada 4 ke 5 aku lupa tp ada pasal hero. lagu. pengangkutan. yg lagi satu aku tak ingt dh padia tah tak penting kot. hoho part hero dia menangkan negara kita ah bekos dia kata drama korea punya hero semua muka jambu tak macho. sekiusmi abank jisung aku macho kkkkkk. ke dia aim kat drama tu je? kk (bukan haters ok i love him so muchhhhhh cuma tak layan drama dia je hm). pastu part lagu ost tu dia mcm huhuhuhuhu sori lah. kami org melayu selagi lagu tu kena dengan scene selagi tu kami pakai sebab selama aku hidup layan drama melayu tak pernah lak complain apasal dia guna lagu ni lagi dulu drama tu pun lagu tu apaaaa taaahhh tak tak pasal lagu lagu ni bagi aku tak menjejaskan pun seseuatu cerita. apatah lagi drama korea. sekiusmi aku layan drama korea for 6 years oledi and aku tak pernah amik tahu pun pasal lagu depa. kalau best. best ah. so ? tu pendapat aku lah. tapi yelah hang dok komen kena tahu jugak buat lagu pun pakai duit ye. aku bukan cakap negara kita miskin tapi ko banding drama kita dgn drama korea koootttt???????? KOREA KOT?????? ok harap jelas dan paham lah. pasal pengangkutan lak....... paling takleh terima ah aku tak paham nape faktor pengangkutan ni terbabit sama. tang mana attractive seseorang hero naik bas atau teksi pun aku tak nampak? ke ko takde point yang boleh menangkan "negara ko" punya drama(?) k la nak ckp ngat pasal pengangkutan en. biasalah ongkaya ada keta pe salah naik keta sendiri. tapi ada je scene keta dia rosak pastu dia naik teksi? pastu ada je scene naik moto cikai. ko tengok drama korea punya motor.... ada cikai? takde. pastu ada je scene org miskin naik basikal buruk je. siap jalan kaki pakai sliper jamban pun ada. nape tak mention pasal tu? (3)(malas nak type)

konklusi dia satu je. maaflah nak mention melayu kat sini sbb rata rata yang lantang bersuara ni melayu. ko tak nampak lagi ke orang asyik perlekehkan melayu ni tak matang? kenapa melayu ni lambat maju? tak nampak? yelah sebab bende ni je pun boleh bawak kecoh nak gaduh sana sini. ko tengok dan duk diam pastu open minded sikit leh dak? sorilah aku baru 18 tapi dah berlagak nak cakap lebih. tapi tak salahkan seorang budak 18 tahun nak menilai ikut pemikiran dia? bukan nak apa nak hangpa semua ni open minded sikit ja. bukan dalam hal ni. dalam semua hal. kalau otak hang asyik dok pikiaq negatif. negatif lah perkara tu kat mata hang. cuba jadi manusia positif?

You Might Also Like

0 comments