Be Positive

August 18, 2016




Assalamualaikum w.b.t

hallo gais before nak mula apa apa nak ucap mekasih dekat yang sudi datang membaca apa yang aku merepek ni. yelah kebanyakan blogger post entry yg berguna je. sampai aku je asyik asyik merepek dengan bebelan sendiri. ahahaha ok emo jap.

so actually motif aku nak bercerita kalini sebab dah lama dah aku perati manusia sekeliling (dalam dunia internet la pe lagi aku kan tak mengembara kat luar rumah) dorang selalu tanya melalui post status, post, tweet, kenapa dorang ni tak positif. then tadi ternampak kesayangan hamba ada tweet yang dia takkan persoalkan apa yang orang buat. yes people!!!! hampa nak jadi positif dak? kalau nak itulah yang hampa kena buat. persetankan segalanya. macam dalam gambaq tu cakap tengok yang baik-baik je dalam sesuatu perkara. contoh

1.Drama
bende ni common gila aku tengok orang-orang sekarang buat. lelagi kalau pasal drama melayu. dia punya komen dengan pendapat tu lah kalah penulis skrip. bukan apa. kalau dalam drama tu buat bende tak elok kenapa ko pulak nak meroyan lebih. drama kot? bukan ke kau patut remind diri sendiri that bende tu salah tak patut buat. lepastu kata hal hal macam nilah yang merosakkan budak budak sekarang. kau bebal ke apa? sebelum drama start tak silap aku mesti ada amaran yang budak budak kalau nak tengok kena bawah pengawasan orang dewasa. sebab dah dewasa kan takkan bodoh lagi tak faham mana baik mana buruk. bila budak budak tanya "eh betul ke apa dia buat tu" engko ler pi nasihat kata bende tu salah kalau buat jugak padahnya teruk macam apa yang jadi kat dalam drama la setiap kali watak jahat buat jahat at the end dia kena hukum kan? bukannya kau pi meroyan kata drama takde kualiti lah moral lah apa lah. kau sendiri yang cari negativiti dalam sesuatu karya, hodoh lah bende tu kat mata kau. paham?

2.Apa yang orang sekeliling buat
ni lagi satu masalah manusia sekarang. tak senang duduk tengok orang berjaya. tengok orang buat apa yang orang lain nak buat. kenkadang tu bende tu tak start apa lagi baru bagi teaser orang dah mula kecam kenapa nak tiru la. takde idea dah ke. dah takde originality dah ke. ko tak suka dah boleh duduk diam takyah tengok kot? apa motif kau nak persoalkan apa yang orang buat. kau suka orang tanya kau kenapa kau pakai baju sekian sekian. padahal tu baju kau tapi orang pulak nak menyibuk kenapa kau pakai. jangan buat malu diri sendiri lah bodohkan diri tunjuk sangat yang kau berfikiran negatif. orang mcm kau nilah aku nak lari jejauh biar aku tak terperangkap ikut persoalkan kenapa orang makan pakai sudu kalau ada tangan.

so kesimpulan aku, tak payah lah korang nak nak fikir bende buruk buruk dekat bende yang kau tengok. bayangkanlah kau tengah halau kucing yang kencing kat kasut kau tapi orang tengok pastu kata kau tengah aniaya binatang? adil tak? tak kan? so fikir sendirilah. suka hatilah apa yang orang nak buat. buruk kat mata kau. buruk jugaklah hati kau. asalkan orang gembira dan tak kacau kau selagi tu kau diam dan tak persoalkan apa yang jadi. semua perkara yang berlaku ada sebab, tapi tak semua sebab wajib untuk kau tahu.

adios.


You Might Also Like

0 comments