Review novel : Kerana Satu Janji by Ameera Ameer

April 17, 2017



Assalamualaikum w.b.t

ni mesti pelik tahap apa kan aku tak pernah pernah nak buat review novel ttiba nak buat jugak. aku baru baca novel ni pagi tadi and baru habis tadi jugak (nampaknya perangai lama dah kembali). novel ni akak aku beli masa pesta buku dulu kot masa buku ni baru terbit which is 2014. tapi yelah time tu aku masih gila dengan novel bertemakan indie. so macam novel cinta cinta ni takleh nak hadam susun atur ayat dia sebab skema gila. hahahaha siapa yang layan novel indie paham lah maksud aku. so disebabkan sejak sejak aku masuk u ni dah mmg aku abaikan apa sahaja bentuk novel kecuali baca fanfic ke apa karya pendek kt wattpad tu.

nak dijadikan cerita tadi aku macam bosan so belek belek lah rak buku and tertarik nak baca buku ni, baca sinopsis mcm menarik so on!. guess what. yes everything is perfect lah weh aku tak tipu. dulu aku selalu cakap novel 7hari mencintaiku tu my fav novel ever smpi takut bila dpt tahu novel tu nak diadaptasikan. takut tak sama dengan karya. tapi novel ni dah mengungguli carta hati gua lah beb. sampai tahap aku harap novel ni tak menjadi tumpuan ramai, tapi takut gak ah lepas korang baca entry aku ni korang pi cari novel ni hehe. tapi serius beb aku rekomen gegila novel ni. harap org produksi tak amik novel ni untuk buat drama ke apa aku tak izinkan sebagai peminat!

apa yang aku suka novel ni dia punya tajuk mmg kena dengan jalan cerita. word JANJI sampai kau habis baca lah sampai lah tu tema janji tu tak lekang daripada cerita. lepastu jalan cerita dia pun smooth gila aku nangis banyak kali gak ler. then watak watak dia. dulu aku gila kat Khuzairi now Ilham is my fav hero ever. kahkahkah. Ilham ni bukan calang calang hero novel beb, penulis berjaya buat aku jatuh cinta dengan watak dia yang lemah lembut, baik tapi sinis gila babi but on the same time ada makna dalam sinis dia. SWEET DIA PALING TAKLEH LAWAN AH SORRY KHUZAIRI.

lepastu kan buku pasal janji je banyak. then from apa yang aku tahulah memungkiri janji ni pun salah satu ciri ciri orang yang dibenci Allah bukan. and unexpectedly penulis ni mcm tetahu je aku punya persoalan. at the end of the novel dia selitkan penjelasan tentang janji yang boleh dibatalkan dan mmg penuh lah penjelasan dia. ini bermaksud novel ni tak kosong. paham kan maksud aku. yes tak kosong. aku rasa macam kecik gila diri ini bila nak menulis sesuatu karya ni bukan je kita boleh pakai tulis tanpa ilmu. kiranyan penulis ni bukan saje saje buat cerita tanpa buat research. kau bayangkan kalau dia tak bagi penjelasan pasal janji janji ni semua mesti aku mcm jahil gila dan persoalkan kenapa dia buat cerita mcm ni walaupun ada scene dalam novel tu bila mana Ilham cakap kat Hannah janji mereka dengan Allah lebih suci berbanding janji mereka dengan orang lain (gedik kan nak paham dengan cara tu je) so aku bagi 10/10 penjelasan tentang janji tu /cries/

SATU LAGI ENDING DIA UNEXPECTED BEAUTIFUL OKAY. AKU NANGIS GEGILA HABIS BACA ENDING. HA AKU NAK CERITA TAPI NANTI SPOIL KAT ORANG YANG TAK BACA LAGI. SO KORANG YANG GILA BACA NOVEL PLEASE PERGI KAT KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DAN DAPATKAN NOVEL NI. KALAU TAKDE JANGAN SALAHKAN AKU HUWAAA.


You Might Also Like

0 comments