Bab 2
Mata Hakim masih lagi tertumpu terhadap gambar ditangannya. "Mira mana pulak kamu ni? itu Nani lah, Nur Athirah Imani" ibunya bersuara.
Nur Athirah Imani.
Amira Syazwani.
"What?" wajahnya kelihatan keliru. Aku tahu ni Mira, aku takkan lupa wajahnya Hakim berfikir sendiri.
"By the way Amirul Hakim. lusa keluarga mereka akan datang ke sini untuk makan malam bersama, make sure Hakim tak busy hari itu okay?"
Hakim hanya mengangguk kepalanya dan berlalu pergi memasuki biliknya. Fikirannya terganggu sejak melihat gambar gadis yang mirip wajahnya dengan Mira.
"Wei Mira kalau kita kahwin kan kau rasa kita ada berapa ramai anak?"
"Kau merepek apa gila?! kita kawan je nak kawin apabende? kau dah setuju en dua tahun lepas nak kawan je dengan aku?" Mira merasakan pipinya kemerahan apabila Hakim membangkitkan soal perkahwinan dan anak itu. Memanglah dulu dia menolak Hakim sebab masa itu hatinya terpaut pada seorang orang lain. Namun cintanya tak kesampaian. Nasib baiklah ada Hakim ni masih kekal di sisi walaupun aku tolak dia dulu. Tapi semenjak dua menjak ni mamat ni punya perangai makin pelik. 'dia suka aku lagi ke' Mira hanya bermonolog di hatinya.
"alah kau ni layankan jelah perangai aku ni, bosan betul lah !" Mira tersentap mendengar kata-kata Hakim. Oh lupa Hakim dah ada makwe. Playboy kan.
"Oh main main jelah ni, hmmmm okay kau rasa nak berapa anak? eh tapi nanti kalau ramai kau tau jaga aku nak kerja"
"emmm ramai" Hakim tersengih nakal memandang Mira
"woi kesitu pulak kau !" bahu lelaki itu ditumbuk kasar
"aduhhh kau yang cakap tadi eh" ketawa mereka meletus akibat terhibur dengan perangai masing masing. "HAHAHAHAHA macam budak budak pemikiran"
"eh jap" Mira menghentikan tawanya. "kau lepak dengan aku ni makwe mana?" Baru teringat.
"Ha? break dah pun" kata Hakim selamba. Dasar buaya mamat ni. Padanlah senget semacam. "oh patutlah ajak aku lepak sebelum payah nak jumpa asyik berkepit je awek"
"ehhhh terasa pulak kawan aku sorang ni, rindu aku eh"
"eh ? takda masaaaaaa"
"Mira... mana kau?" air matanya jatuh menitis di atas gambar yang dipegangnya. Wajah Mira yang tersenyum di dalam gambar itu dipegang.
---------------------------------------------------------------
Selesai solat Zuhur Hakim berbaring di atas katilnya. Tangannya mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor Balqis
"Assalamualaikum" terdengar suara Balqis di corong telefon bimbitnya.
"Waalaikumsalam, Awak buat apa tu?" Hakim tidak lupa untuk bertanya khabar kepada Balqis, nak taknak Balqis adalah kekasihnya sekarang, walaupun dia sendiri tidak boleh menipu dirinya yang masih teringatkan Mira. Balqis adalah gadis yang baik dan dia yakin yang Balqis akan dapat membuatkan dirinya melupakan Mira cuma dia perlukan masa. Tapi setelah apa yang berlaku tadi, tak mungkin dia dapat melupakan Mira dengan mudah.
"awak dengar ke apa saya cakap ni Hakim?"
" ha? sorry line dekat sini tak clear lah. Awak cakap apa tadi?"
"hish asyik termenung je awak ni kan, saya tanya awak tak kerja ke harini?" Hakim mengurut tengkuknya yang tidak lenguh itu, mulutnya tersengih walaupun Balqis tiada di depan matanya
"oh, tak kerja pun, saya ambil cuti sebab nak rehat dekat rumah Mama dengan Papa. Sebenarnya..." kata-kata Hakim terhenti. Otaknya berkira-kira sama ada dia patut menceritakan hal Nani kepada Balqis. Balqis tahu tentang kewujudan Mira. Balqis tahu apa yang terjadi antara aku dengan Mira. Cuma dia tidak tahu kenapa aku bertindak sebegitu terhadap Mira.
"sebenarnya apa? ada apa-apa terjadi ke" suara Balqis masih tenang walaupun hatinya berdebar menanti jawapan Hakim.
"takde apa-apa lah um saya letak dulu eh Mama panggil makan tengahari. awak jaga diri tau. Assalamualaikum"
Selepas menjawab salamnya Hakim memutuskan talian. Lain kali jelah aku cerita pasal Nani dekat Balqis, risau pulak dia nanti.
yay dah update, tak tau lah ada ke yang menanti ahahahaha papeje. thanks baca. and kalau dah baca tu komen lerrrrrrr nak tau jugak pendapat korang. thanks again!