Bab 4




Esok…

Hakim melepaskan keluhan sambil merenung ke arah siling bilik sambil berbaring. Tangan kiri diletakkan di belakang kepala manakala tangan kanannya direhatkan di atas perut. Kaki digoyangkan seolah-olah sedang berfikir.  

Sediakah aku untuk berjumpa dengan gadis yang mirip wajahnya dengan Mira?

Tapi dia bukan Mira.

Kalau perangai dia macam Mira macam mana?

Kau tak pernah jumpa dengan dia pun lagi.

Kalau aku tak boleh kawal perasaan aku macam mana?

Stop with kalau !! Hakim tersentak sendiri dengan jeritan di kepalanya. Wajahnya diraup. Banyak betul aku berfikir. Takkan jadi apa apa lah Amirul Hakim.

Deringan telefon bimbitnya mematikan niatnya untuk terus berfikir. Dengan malas dia menolak tubuhnya duduk sambil mencapai teleon bimbit yang menjerit-jerit meminta untuk di jawab.

“Assalamualaikum” suara lembut Balqis kedengaran.

“Waalaikumsalam” balas Hakim.

“puas termenung?” soalan Balqis membutkan dirinya bingung. “macam mana awak…”

“hahaha Hakim oii ni dah tiga kali saya call awak tahu tak” balqis memotong kata-katanya. Hakim mengangkat telefon dari telinganya dan melihat simbol ‘miss called’ dari Balqis dalam ruang notification milik telefon pintarnya itu.

Hakim membalas gelak balqis itu dengan tawa yang malu bercampur kekok. “apa-apa jelah awak ni Hakim. Busy ke?”

“tak busy pun, lagipun harini saya dah cancel semua appointment”

“emm kalau macam tu boleh tak awak teman saya ke kafe. Ada beberapa kerja saya kena hantar ke sana” kata Balqis dengan nada berharap.

“okaylah kalau macam tu boleh lunch sekali”

“okay kalau macam tu saya tunggu awak eh, Assalamualaikum”

Selesai menjawab salam Balqis dan mematikan panggilan, Hakim menukar pakaiannya dan bersiap untuk menjeput kekasihnya.

--------------------------------------------------

“Nani!!!!!”

“woi Nani!!!”

Nani menghentikan tangannya yang sedang mengacau kopi dengan sudu apabila bahunya digoncang berkali-kali.

“apa kau ni?” bentak Nani.

“eh aku pulak yang kena marah? Engkau tu yang termenung daripada tadi dah habis larut dah pun gula dalam kopi kau tu pun asyik kacau je daripada tadi” bebel Aina rakan baiknya akibat tidak puas hati dibentak Nani tiba-tiba.

Nani menunjukkan riak bersalah namun bersahaja depan temannya. Alah bukannya dia tidak kenal rakannya itu kalau marah sekejap je.

“kau menung apa perempuan?” soal Aina.

“ibu aku lah, esok dia nak bawak aku jumpa keluarga kawan dia”

“calon baru lagi ke? Kikikiki” terkekek Aina ketawakannya Nani. Kerana dia cukup masak dengan perangai Nani yang dah menyampah dengan semua calon pilihan ibunya. Tapi yang kalini lain.

“bukanlah! Yang ni kawan lama mak aku, diorang yang nak jumpa aku. Takde kena mengena dengan calon eh” balas Nani.

“dah tu yang muka kau gelisah dari tadi kenapa?”

“muka ketat tu ikut pulak kalini” terus nani memicit dahinya tanda pening dan buntu!

Aina hanya diam tanpa memberi respon. Dia juga tahu apa yang terjadi antara Nani dengan abangnya itu. Sejak kemalangan dulu Aina lah temannya untuk bergurau dan berborak kerana Nani susah untuk bergaul dan mencari kawan. Entah kenapa masa mula-mula kenal Aina mereka terus boleh ‘click’ dan menjadi kawan baik sampai lah sekarang.

“eh by the way” nani memecahkan kesunyian “haritu aku terjumpa album gambar dekat rumah aku, then aku nampak gambar aku masa kecik dengan kau. Bukan ke kita baru kawan?”

“kau yakin ke tu aku?”

“em entahlah tapi muka dia macam kau, hehe”

Aina hanya menggelengkan kepalanya dan meminta Nani untuk tanya sendiri dekat ibunya tentang budak dalam gambar itu. Setelah itu Aina meminta diri untuk beredar ke pejabatnya kerana ‘lunch hour’ mereka sudah tamat.

--------------------------------------------


“yelah pandai-pandai lah nanti makcik cover” balas Pn Ramlah setelah mendapat panggilan dari Aina.





yelah aku pun ngaku bab ni macam bosan gila macam tah pape ah papeje. komen lah ek kalau korang ada idea lagi mcm mana nak bagi aku penulisan aku ni ada improvement. hihi tengs !