Bab 6




‘Kenapa lah cara dia senyum pun sama ni?’
Hakim bermain dengan perasaan sendiri sehingga tidak sedar yang dia asyik mencuri pandang ke arah Athirah Imani.
“So Hakim sekarang buat apa?”
lamunannya diganggu dengan soalan daripada ibu Nani yang tiba-tiba.
“ha? Maaf?”
Tengkuknya digosok tanda malu kerana tidak memberi perhatian. Makanan depan mata pun asyik dikuis daripada tadi, dah macam perempuan yang mengada taknak makan pulak.
“ish kamu ni? Depan makanan pun nak berangan ke? aunty tanya tu kamu sekarang buat apa” Encik Zul menegur.
“oh maaf, sekarang Hakim tengah uruskan syarikat. Syarikat kecil-kecil je Aunty, baru nak mula”
“bisnes apa?” Fazrin mencelah. Aik tadi diam je bila orang menyembang sekarang nak mencelah pulak?
“bisnes biasa je, pencetakan. Kami mencetak segala jenis bahan, buku-buku, majalah, baju dan macam-macam lagi lah”
Entah kenapa selepas memberi penjelasan, Hakim melihat wajah Fazrin berkerut seolah-olah ada yang tak kena dengan penjelasannya tadi. Matanya tertancap pada Imani yang sedang mengangguk apabila mendengar penjelasannya. Tiba-tiba mata mereka bertaut, pantas Nani memalingkan wajah kerana malu. Sumpah Mira, aku rindu kau.
“eh dah sembang pasal Hakim ni, Fazrin dengan Imani buat apa pula?” Pn Marlia memandang Fazrin dan Imani sambil tersenyum menunggu jawapan mereka.
“ah saya…” belum sempat Nani menjawab Fazrin mencelah.
“Fazrin kerja makan gaji je aunty dekat syarikat pembinaan, dah 2 tahun dah kerja dekat sana. Budak kecik ni buka kafe sendiri dekat Setiawangsa tu”
Mira…
“takpela Fazrin makan gaji ke bagi gaji ke asalkan halal kan?” Encik Zul membalas.
“eh setiawangsa? Dekatlah dengan office Hakim. Korang berdua tak pernah terserempak ke?”
Pn Marlia dan Pn Ramlah memandang muka masing masing dengan senyuman yang lebar seolah-olah mengharapkan sesuatu. Namun kedua-duanya hanya menggeleng sambil tersengih.

----------------------------------------

Nani memandang abangnya hairan. Ai mamat ni dah kenapa ramah semacam ni, selama ni membisu je dengan tetamu. Ni siap kerja aku pun sibuk nak bagitau? Mungkin sebab dia kenal kot? Ah papejelah dia ni. Nani memandang Hakim yang sedang merenungnya lelaki itu hanya tersenyum apabila mata mereka bertentangan. Ni sorang lagi kau dah kenapa??
Setelah selesai mereka mengemas meja makan, masing-masing beredar ke ruang tamu sambil berbual mesra. Nani meminta izin untuk mengambil angin di luar rumah memandangkan rumah mereka ini mempunyai ruang untuk bersantai. Sedang nani membuai perasaan memandang langit malam dirinya disapa.
“cantik kan bintang?” Nani menoleh. Matanya terpaku melihat senyuman Amirul Hakim yang lebar buat kali pertama. Dia ada lesung pipit dekat pipi dengan mata!!! Hatinya menjerit sendiri.
“aik? Muka saya ni lagi nyaman di tenung ke daripada langit tu?”
Cepat-cepat Nani mengalihkan pandangan. Yang aku pergi tenung muka dia lama-lama tu kenapa? Aduh kan dah malu?
“eh perasannya? Ada saya cakap ke muka awak tu nyaman untuk ditenung?”
“awak tak cakap pun saya tahu lah”
“kenapa pulak”
“ada la” Hakim mengangkat keningnya.
Nani malas mahu melayan Hakim. Tapi dia akui lelaki ini berjaya membuat dirinya selesa. Tak macam lelaki-lelaki lain yang ibu kenalkan dulu. Macam-macam perangai! Menyampah!
“awak tau tak..” kata-kata Hakim dipotong mamanya.
“Hakim!  Balqis datang ni!”
Mata Hakim terbeliak terkejut dengan kehadiran Balqis yang tiba-tiba. Allah! Macam mana Balqis boleh ada dekat sini pulak ni? Belum sempat Hakim ingin pergi mendapatkan Balqis, gadis itu sudah pun berdiri dihadapannya dengan Imani.
“Mira..?” beg kecil yang dipegang Balqis terjatuh daripada genggaman. Walaupun mulutnya berbisik. Tetapi kata-katanya tetap jelas didengari Hakim dan Imani.

“siapa Mira? tadi awak yang panggil saya Miraa, sekarang ni dia pulak?” dahi Nani berkerut memandang Hakim dan Balqis silih berganti.


eheheheheh lately banyak pulak idea hehehehe okay maseh baca <3