Bab 9




“sebab Fazrin tulah yang kau terperuk dalam pejabat ni? Sampai suruh aku datang sini bagai hah?” sergah Aina sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat milik Nani.
Nani tersentak dari lamunannya. “engkau ni kalau masuk pejabat orang reti ketuk tak?”
“oi cik Imani aku ketuk macam nak patah tangan aku ni tau! Engkau kalau dah mengelamun bom meletup sebelah telinga pun kau buat dek je” balas Aina tidak puas hati dirinya pula yang dimarahi.
Nani membuat lagak selamba walaupun sedar dirinya yang salah. Memikirkan Balqis yang tiba-tiba muncul di kafe nya membuatkan dirinya tak keruan. Entah kenapa? Sejak kejadian di rumah Amirul Hakim dulu dia merasakan tidak senang dengan kehadiran gadis itu. ‘ish takkanlah! Aku baru je kenal kot Hakim tu’ kukunya digigit laju tanda gelisah.
“excuse me Nur Athirah Imani? I’m talking to you” tangan Aina melambai-lambai di hadapan muka Nani. Perempuan ni kalau dah mengelamun boleh hilang akal aku dibuatnya.
“sorry apa kau cakap tadi”
“aku tanya kau, yang kau gelabah ni sebab Fazrin ke?”
“no, bukan. Pasal budak perempuan nama Balqis tu hah. Wait, Abang Fazrin ada dekat sini?” Nani memandang rakan baiknya itu hairan.
“macam mana kau kenal Balqis tu? And yes abang kau ada dekat sini dengan diorang” soal Aina dengan sedikit cemas namun lagaknya masih selamba. ‘macam mana pulak Nani ni boleh kenal Balqis?’
“eh kau pun kenal ke?” Nani memandang Aina hairan.
“no, err.. tadi abang Fazrin kenalkan kat aku, tu yang tau tu” balas Aina gugup.
“oh, hmm duduk lah dulu aku cerita” Aina menarik kerusi dihadapan Nani untuk mendengar penjelasannya. “ingat tak pasal aku cakap yang Ibu aku nak bawak jumpa family kawan lama dia tu” sambung Nani.
“ha yeah ingat”
“dekat situlah aku kenal Balqis tu..”
“dia anak kawan ibu kau ke” Aina menyampuk.
“bukan. Eish! Kau ni bagilah aku habis cerita dulu. Anak kawan ibu aku tu nama dia Amirul Hakim” Aina cuba untuk mengawal emosinya apabila mendengar nama lelaki itu disebut. ‘jadi diorang berdua dah bertemu? Tapi Nani macam tak ingat apa-apa je. Ish! Takde apa-apa yang jadi kot’
“so masa tu aku pun macam berkenalan ler dengan Hakim ni hehe jangan salah faham, dia lain kot dengan lelaki-lelaki lain yang aku kenal. Tapi, Balqis ni tiba-tiba datang, rupanya Balqis tu teman wanita dia. Malu gila kot aku” Nani sengaja memberi penjelasan lebih kenapa dia berkenalan dengan Amirul Hakim, bukan apa selama ni mana mana lelaki yang ibunya mahu kenalkan pasti dia membuat tak tahu dan tidak melayan mereka. Namun, yelah macam yang Nani jelaskan ‘dia ni lain macam lelaki yang lain’
“Hahahahaha!! Dalam banyak-banyak lelaki yang kau berkenan pakwe orang jugak kan!” Aina hanya ketawa melihat rakannya itu. Sedikit risau juga dihatinya kalau Nani menjadi rapat dengan Hakim nanti macam mana? Kalau ingatan dia pulih nanti? Tak ke haru lagi jadinya?
“eh tapi kan kau nak malu apa, bukannya kau buat apa pun dengan Amirul Hakim depan Balqis tu kan”
“oh ada lagi, diorang panggil aku Mira and it was awkward and…”
“WHAT?!” terbeliak mata Aina tanda terkejut dengan apa yang Nani baru katakan.

xxxxxxxxx

Amirul Hakim membiarkan soalan Nani sepi begitu sahaja. Apa yang penting sekarang ni Balqis. Dia membawa Balqis jauh daripada semua orang dan pergi ke luar rumah untuk memberi penjelasan. Nani hanya melihat dua orang itu pergi meninggalkannya dengan wajah yang bingung.
“apesal tadi tu” Fazrin yang tiba-tiba datang menyapa Nani.
Nani juga membalas apa yang Amirul Hakim lakukan pada dirinya tadi, malas mahu melayan abangnya sedangkan dirinya juga masih terpinga-pinga. “siapa Mira?” tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulutnya.
Fazrin yang tersentak medengar soalan Nani itu segera membuka langkah meninggalkan adiknya, dirinya juga tidak mahu menjadi mangsa kepada soalan itu. Entah kenapa hatinya berkecamuk bila mendengar nama Mira.
‘macam mana Amirul Hakim dengan Balqis ni boleh kenal dengan Mira? Jangan-jangan budak lelaki ni…” dirinya bermonolog sendiri.

“saya..” Hakim masih lagi berkira-kira mencari ayat yang sesuai untuk mejelaskan kepada Balqis. Entah kenapa susah sangat untuk dia mulakan cerita. Balqis senyap memandang Hakim menunggu lelaki itu memberi penjelasan. Mungkin itu jelah caranya untuk kekal tenang walaupun hatinya gundah gulana apabila tiba-tiba melihat wanita yang mirip wajahnya dengan Mira sedang bercakap dengan kekasihnya.
“saya tak tahu macam mana mula cerita bila dapat tahu tentang Imani”
“Imani?” soalan pertama yang keluar daripada Balqis.
“oh ya, nama dia Nur Athirah Imani, anak kawan Mama dengan Papa” Balqis hanya mengangguk. “memang saya nak cerita dekat awak bila saya dapat tahu muka dia sama dengan Mira, tapi saya tak tahu macam mana nak mula” sambung Hakim. “Saya tak nak awak terganggu sebab benda ni”
“habis tu awak ingat dengan cara saya dapat tahu ni, saya akan lebih okay? Lebih tenang?” dirinya sudah hilang sabar. Dia tidak dapat lagi untuk menipu perasaan cemburunya yang membuak. Sampai hati Hakim sembunyi kan hal macam ni.
“saya tak suruh pun awak datang!” Balqis tersentak. Amirul Hakim tiba-tiba menengking dirinya. ‘salah aku ke’. Melihatkan air muka Balqis yang tiba-tiba berubah, Hakim meraup wajahnya menyesal. Keluhan dilepaskan. Masing-masing membisu menegangkan lagi suasana.
Namun Balqis tahu, perkara ini tentu sukar untuk Amirul Hakim. 2 tahun Mira pergi tanpa khabar, bukan mudah untuk Hakim melupakan gadis itu. “saya minta maaf” Balqis bersuara.
Belum sempat Hakim berkata apa-apa Balqis sudah pergi meninggalkan dirinya. Tak guna kalau dia kejar Balqis sekarang pun. Biarlah Balqis tenang dahulu. ‘maafkan aku Balqis’ Amirul Hakim hanya memandang Balqis pergi hingga hilang daripada pandangannya.
Balqis memandu keretanya dengan perasaan yang bercampur baur. Walaupun dia memahami teman lelakinya itu, namun perasaan risaunya tidak dapat disembunyikan. ‘macam mana kalau mereka jatuh cinta? Muka dia dengan Mira terlampau sempurna samanya tanpa cacat cela’ Perasaan Balqis semakin celaru memikirkan apa yang akan terjadi, sayang dan cintanya terhadap Amirul Hakim sudah lama disimpan sejak mereka mula berkenalan. Takkan mudah untuk dirinya mengundurkan diri untuk gadis bernama Imani itu. Cukup lah dengan Mira dulu. Tidak pada kali ini.