Unsettling Feelings
June 11, 2026 Aku tak tahu kenapa aku rasa nak menulis. Mungkin sebab hanya bercakap dalam hati tak cukup untuk aku lepaskan kemarahan tak cukup untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Kenapa aku rasa setiap kali aku fikirkan mati setiap kali aku fikirkan kesedihan aku rasa aku ni cuma melebih lebih. Aku rasa macam aku ni mengada ngada je. Mungkin juga sebab aku rasa macam ni aku rasa aku tak perlukan pun bantuan, aku tak ada pun sakit yang aku rasa aku ada.
Setiap kali aku fikirkan perkara yang buat aku sedih mesti aku rasa macam ada benda yang belum habis lagi diluahkan. Aku cuma nak didengari aku cuma nak difahami, tapi bila perasaan aku disalah erti aku jadi tak boleh hidup tenang. Kalau aku duduk sendirian dan mula fikirkan balik scenario yang sepatutnya terjadi mesti aku ada perasaan yang tak best perasaan yang tak puas sebab perkara itu tak terjadi.
Cerita ni agak remeh tapi effect emosi dan mental aku. Kejadian ni bermula sejak bulan 11/2025 aku dengar bunyi dentuman radio di dinding rumah. Ya bila radio dia pasang kuat dan ada dentuman bunyi dia akan menggegarkan dinding. Aku ni memang manusia yang bencikan bunyi tu. Sebab aku dah hadap sejak bujang lagi bila ada bunyi bising radio yang di pasang kuat dinding rumah aku akan rasa getaran bunyi tu. Membuatkan aku susah tidur tiap malam. Bila perkara ni terjadi lagi sekali setelah sekian lama aku jadi triggered atau erti kata lain aku jadi trauma sebab bunyi tu buat aku susah tidur.
Dan paling teruk bila benda sama berulang bunyi tu muncul waktu malam waktu aku nak tidur. Rumah aku ni bersambung dengan rumah sebelah, jadi bunyi tu datang dari rumah sebelah dimana biras aku sendiri yang mulakan. Setiap malam aku dan suami bergilir minta pesan ke anak anak buah kami untuk tolong tutup radio sebab aku nak tidur. Ye aku sorang sahaja yang sensitif dengan bunyi tu. Kadang² suami sendiri yang pergi tutup radio tu di rumah kakaknya sendiri. Benda ni berlarutan sampai bulan 2/2026 aku dah tak tahan. Selama ni bila kami pesan ye radio ditutup dan aku boleh tidur dengan tenang. Sehinggalah suatu hari sekali lagi kami pesan untuk tutup radio, radio ditutup tapi sekejap.
Beberapa jam selepas itu radio kembali terpasang, lebih kurang jam 1 pagi macam tu. Suami aku dah lena dah. Takkan aku nak kejut dia. Aku pulak dah berpakaian baju tidur takkan nak pergi rumah sebelah pukul 1 pg pulak kan. Jadinya aku call dan call dan tetap call untuk nak remind tolong tutupkan radio. Malangnya panggilan aku tidak terjawab. Macam sebelum sebelum ni pun kalau aku call tak pernah dijawab, tapi radio mati. Cuma kalini bila call tak diangkat dan radio tetap terpasang sehingga la waktu subuh aku tak boleh nak tidur sebab bunyi yang bising mengganggu aku.
Akhirnya baru aku boleh tidur selepas subuh. Tapi itulah ujian aku dimana tak sampai beberapa jam tidur anak kejutkan aku bangun tiba tiba. Mengamuk tak tahu kenapa, aku yang kurang tidur agak hilang sabar dan mula menangis sekali dengan anak dan meminta bantuan suami di tempat kerja sebab aku takut aku jadi hilang kawalan. Satu perangai aku yang aku sendiri tak tahu kenapa, aku mudah meltdown kalau aku dalam keadaan yang terlampau stress aku mudah mengamuk dan hilang kawalan. Aku mula update status di whatsapp dengan niat meluahkan amarah aku terhadap biras aku sendiri yang tak pernah fikirkan pasal orang lain lansung. Ya amarah yang diluar kawalan aku sendiri dimana aku menggunakan kata kata kesat yang melampau lampau. Salah aku tapi aku puas.
Bayangkan setiap malam aku dan suami pesan baik baik untuk radio di tutup. Tapi hanya dilayan permintaan kami hari itu sahaja. Jadi kami perlu berulang ulang kali pesan setiap malam seolah seolah biras kami macam takde otak untuk fikir waktu malam adalah waktu orang nak rehat dan tidur. Perasaan amarah aku disalah tafsir oleh kakak ipar aku sendiri dan mula menyalahkan kami hanya pandai cakap belakang dan kata buruk buruk ke suami dia sahaja. Suami aku dah explain ke kakaknya apa yang aku rasakan malam tu tapi tulah, aku pun taktahu dia faham ke tak sebab sampai sekarang tiada permohonan maaf pun daripada mereka sebaliknya kami pulak yang perlu minta maaf sebab mengamuk 😇
Jadi itulah, sampai ke saat ini bulan 6/2026 aku masih rasa ada urusan yang belum selesai dan kadang- kadang aku akan menangis sebab rasa tak adil buat diri aku bila aku dibenci hanya sebab satu kesalahan aku. Dan mereka berbuat seolah macam mereka tiada kesalahan lansung. Aku masih tak dapat ketenangan fikiran yang aku perlukan.

0 comments