Bab 3
“Nani. Duduk dekat sini dengan ibu. Ibu nak cakap something”
Nani bangun dari tempat duduknya berganjak ke halaman
rumahnya dan duduk di sebelah ibunya seperti yang disuruh. “ kenapa ibu”
“kamu sibuk tak lusa ni?” Pn Ramlah memandang wajahnya anak
dengan penuh harapan.
“Again? Calon menantu lagi ke?” Nani membuat muka
menyampahnya. Bukan sekali ibunya buat perkara begini kalau boleh setiap bulan
nak bawak anak gadisnya itu pergi berjumpa dengan semua rakan-rakannya yang
mempunyai anak bujang sebayanya.
“eh bukan!! Jumpa kawan ibu yang dah lama tak jumpa je,
mereka teringin sangat nak jumpa kamu” bantah ibunya.
“tapi still kan ibu…..”
“tak tak kalini ibu janji, ibu takkan paksa kamu kenal
dengan anak dia sebab memang tujuan utama mereka nak jumpa kamu je. Dulu kami
berkawan rapat tapi mereka tak sempat nak berjumpa dengan kamu sebab masa kamu
dalam kandungan ibu mereka berpindah ke luar Negara, entah bila mereka pulang
ke sini ibu pun tak tahu. Tiba-tiba je takdir Allah temukan kami” seloroh
ibunya dengan nadanya yang teruja.
Nani hanya memandang ibunya kosong. Dah kalau macam tu
gayanya takkan dia nak menolak permintaan ibunya.
“okay lah nani ikut, nasib baik lusa takde kerja sangat
dekat kafe tu” akhirnya gadis itu bersetuju.
“tapi abang kamu ikut”
WHAT?!
“hidup lagi rupanya dia tu” katanya dengan nada mengejek.
“Nani! Mulut tu jaga sikit” tak pasal-pasal Nani ditegur.
“diorang tu pun tak pernah jumpa abang ke apa?” Nani cuba
untuk mengubah suasana.
“eh takdelah, tapi kan dah lama tak jumpa, abang kamu pun
dah besar mestilah mereka rindu dengan abang kamu jugak” balas ibunya. “okaylah
ibu masuk dulu, jangan lupa lusa ni”
Sebaik ibunya beredar Nani menyandarkan dirinya malas di
atas kerusi itu.
Manusia macam tu pun
nak rindu ke?
“mati aku.. mati kalau abang ikut sekali. Dia tu dah lah tak
pernah nak bagi aku senang duduk, kalau dia malukan aku depan keluarga tu nanti
macam mana!!! Arghh! Serabut!” Nani memegang kepalanya yang tiba-tiba pusing
memikirkan perangai abangnya yang sering cari salahnya macam budak-budak. ‘Entah apa dosa aku dengan dia pun aku tak
tahulah!!’
“kau membebel apa sorang-sorang” Nani menoleh sebaik
mendengar suara abangnya yang sedang merenungnya tajam.
Reti pulak nak balik si muka ketat ni. Kalau tak terperuk
jelah kat apartment dia tu.
Padangan menyampah dilemparkan buat abangnya yang ‘tersayang’.
Sebaik sahaja kakinya mahu melangkah itu beredar, kakinya tersandung dan dia
hilang imbangan. Nani menutup rapat matanya kerana tidak mahu melihat apa yang
akan terjadi pada dirinya.
1 saat…
2 saat…
3 saat…
Nani membuka matanya dan merasakan dirinya berada dalam
pelukan seseorang. Segera Nani berdiri apabila melihat tangan abangnya yang
menyambutnya dari hadapan. Matanya menangkap kaki kiri abangnya yang berada di
hadapan kakinya. Serta-merta matanya merenung kearah abangnya yang tinggi 5 cm
daripada dirinya itu.
“nasib baik aku tangkap kau tadi, kalau tak dah penyet
hidung tu aku rasa” kata abangnya bersahaja seolah-olah orang yang tak
bersalah.
“tapi lain kali jangan harap tau aku nak selamatkan kau lagi”
bisik abangnya perlahan sambil tersengih kejam!
Nani merenung abangnya yang berlalu pergi meninggalkan
dirinya yang sedang menahan geram dan marah terhadap dirinya sendiri kerana
terlalu pandai nak mengawal kemarahan. ‘kenapa aku tak tumbuk je muka dia tadi!
Ugh! Setiap kali jumpa je mesti nak cari gaduh apa masalah dia ni!’
Sejak kemalangannya yang berlaku setahun yang lalu abangnya
serta merta berubah menjadi dingin terhadap dirinya. Nani juga tidak ingat macam
mana abangnya melayan dirinya sebelum ini kerana Nani mengalami amnesia
disebabkan kemalangan itu. Abangnya juga telah berpindah keluar dari rumah
mereka kononnya nak berdikari.
Setiap kali jumpa ada sahaja yang abangnya tidak puas hati
dengan dirinya, dan sering menyakitinya.
Pernah sekali sebulan lalu, masa Nani mula-mula belajar
membawa motosikal, abangnya sengaja menendang motosikalnya sehinggakan dirinya
terjatuh dan terpaksa menerima beberapa jahitan di lutut. Nak marah tak boleh
sebab dia tu kalau dengan ibu pandai je nak berlakon tak bersalah ! paling
sakit hatinya bukan nak minta maaf ! lagi dikata padan muka kenapa aku pergi
bawak motosikal tu lembap sangat.
Yang aku pun satu tak reti nak marah si gila tu! nak
marah macam mana mamat tu ada tali pinggang hitam Taekwondo kot, mau patah
leher aku kalau melawan dia ni. Aku pun pergi belajar tak habis taekwondo tu,
kan dah tak boleh nak lawan dia !
yay dah update lagi yay. tolong tinggalkan komen pendapat korang okay. korang punya sapot olwes diterima. teguran pun bekos kita budak baru belajar