Tudung vs Perangai (?)

April 13, 2016





Assalamualaikum w.b.t

sepanjang aku hidup memacam orang dah yang aku jumpa yang jenis kaitkan tudung dgn perangai seseorang wanita ni. kebanyakannya lelaki dan perempuan yang tidak bertudung mahupun perempuan bukan islam. mmg dah lali dah dengar kritikan orang sekeliling contohnya macam "eh pakai je tudung tapi mulut cam haram" "eh kau pakai tudung kan apesal mencarut?" "baik takyah pakai tudung kalau perangai macam sun***"  common. selalu. sering. banyak kali. mesti banyak en korang dengar. then nanti ada lah sesetengah pihak yang nak membidas "tudung is tudung perangai is perangai" "jgn salahkan tudunglah kalau perangai dia mcm tu" "jgn kaitkan tudung dgn perangai boleh tak" dan memacam lagi. aku bab dan hal tu memang no komen ah. tapi kenkadang rasa mcm betul gak nape nak salahkan tudung kalau perangai org tu mcm tu. pemikiran yang tu pun aku rasa masa aku baru nak meningkat remaja kot ? sebab sekarang dah jarang jumpa dah org complain hal ni.

nak dijadikan cerita, aku baru balik dari kelas motor. kebetulan jumpa dua orang kawan ni dedua pakai tudung yang jenis bidang besar yang memang tutup sampai perut lah. aku ni masa kat sana mmg takde kawan so dalam duduk dediam ni mmg pandang sekeliling jugak lah. sesekali terpandang gak dua orang ni sembang sekali dengan kawan diorng yang lain. yang lain tu pakai tudung jenis biasa biasa je macam aku. tak muslimah mana hehe. masa pandang diorng tu automatik aku teringat pasal apa kaitan tudung dengan perangai.

dekat tempat duduk yang ktorng duduk tu bebetul sebelah tempat nak test 'titi' untuk yang dah amik lesen motor tu taulah titi tu macam mana bentuk dan kepayahan dia kan. kebetulan time tu ada orang buat. idk aku ni mmg buat bende baik ke jahat tapi duk pi pasang telinga sikit lol. orang tu jatuh dari titi. means motor dia yang jatuh aku mcm tengok geng dorg ni duk gelak gelak gedik yg uknow gelak gelak yang hihihihi mcm kau dengor pun rasa tak sedap nak dengar. then dorg menyembang macam cakap pasal orang ke apa tapi cara yang tak sedap nak tengok. sorry to say aku manusia yang jenis menilai.

now i know why orang kaitkan dua perkara tu. bila aku tgk dua orang tu aku jadi ragu ragu dengan dorng. sebab setahu aku lah yang jenis dah mula terbuka hati nak pakai tudung yang labuh ni mesti nak jaga aurat mereka nak jaga kehormatan mereka tapi bila adab tak terjaga dia jadi macam tak kena. macam ada yang belum complete dan sempurna. masa tu barulah aku jelas nampak apa yang orang asyik perkatakan selama ni. why orang selalu kaitkan pemakaian dengan perangai. tudung juga merupakan pakaian bagi wanita islam ye.

contohnya bila kau tengok orang yang pakai seksi pakai jenis macam kau tengok pun kau tak selesa lepastu nampak pulak perangai dia yang kurang ajar. masa tu kau terkejut ke kau akan "oh tgk cara dia pakai pun dah boleh agak perangai dia mcm tu"  automatik eh. apa yang kau gayakan kat badan tu orang dah boleh expect perangai kau. same goes tu perempuan yang sopan bertudung tetiba berkelakuan tak sopan. mesti akan ada yang menilai. tak depan depan dalam hati. kita manusia mana pernah terlepas dari menilai seseorang. jadi buat hakak hakak kat luaq tu pasni hangpa dah sopan sopan pakai baju tudung tu semua hangpa buat lah pangai elok sikit na. dengan kawan-kawan takpa sebab depa tahu luaq dalam hang. dengan org tak kenai hang jangan duk buat pangai monyet tu. kenkadang first impression orang terhadap kita ni penting gak.

ni setakat pendapat cheq. hangpa ras hangpa betui biaqlah cheq tak kata pun cheq betul. makasih


You Might Also Like

0 comments